SELAMAT DATANG



Kisah pahit manis hidup saya di Felda Gunung Besout, Sungkai Perak. (1981-1998).

Untuk reader yang baru sampai kalau minat elok baca dari bawah dan click Older Post. Terima Kasih.

Kata nama AKU digunakan untuk ditulis dengan lebih ikhlas dan natural.

Monday, June 27, 2011

Ikan Pekasam Dan Ikan Kering

Tak semua ikan yang ditangkap hidup, sebab kadang-kadang ikan pun boleh lemas. Haha. So ikan-ikan ini tidak akan dibuang, mak aku akan buat ikan kering dan ikan pekasam. Ada jugak ikan yang kitaorang tak makan untuk masak biasa-biasa mak aku buat ikan kering jugak, contoh ikan haruan. Kalau belut pulak mak aku akan bagi jiran.

Aku masih ingat cara-cara nak buat ikan pekasam dan ikan kering dari observation aku, tapi aku takde benda yang paling penting iaitu - ikan sungai.

Monday, June 20, 2011

Ambikkan ___________________

Selain buah²an, mak dengan bapak aku jugak banyak tanam pokok², daun² untuk masakan. So masa mak aku tengah sedap memasak selalulah dengar. "Li, tolong ambikkan mak daun kunyit" "Li tolong ambikkan mak bunga kantan".

Everytime aku dengar macam tu berbekalkan sebilah pisau aku pun akan keluar rumah potong daun kunyit ke apa ke. So mak aku pun masak dengan bahan² yang fresh dari ladang.

Monday, June 13, 2011

Ayam Kampung Peliharaan

Bapak aku bela ayam kampung untuk makan dan untuk dijual kepada peraih. Memang ada reban yang disediakan. Pepatah telur sebijik riuh sekampung tu memang tepat. Hehe. Kalau ada ayam yang baru menetas bapak dan mak aku akan ajar anak-anak ayam tu masuk reban. Kitaorang adik beradik pun terlibat, tangkap anak ayam masuk reban. Biasa dah dekat Maghriba aktiviti ni.

Bapak aku sembelih sendiri ayam, mana orang yang tak pandai tu memang mintak tolong bapak aku sembelihkan. Boleh katakan semua orang ada bela ayam. Itik dan angsa pun ada.

Monday, June 6, 2011

Papan Gelungsur

Masa tahun 1984 macam tu kut dekat kawasan rumah kami tak ada taman permainan. Eh fikir-fikir balik sampai sekarang pun takde. Taman permainan jauh sangat berkilo-kilo meter ataupun dekat sekolah. Masa tu kami belum sekolah lagi.

Kami cipta papan gelungsur kami dengan letak sekeping papan ni dekat dua bahagian yang tak sama tinggi dan mainlah banyak² kali. Tapi permainan papan gelungsur ciptaan sendiri ni tak lama sebab seluar habis koyak rabak. Sekali tu je lah pun mainnya.

Ooh kalau yang dekat sekolah tadika atau taman permainan, diaorang buat benda ni dengan simen. Mungkin untuk tahan lama.