SELAMAT DATANG



Kisah pahit manis hidup saya di Felda Gunung Besout, Sungkai Perak. (1981-1998).

Untuk reader yang baru sampai kalau minat elok baca dari bawah dan click Older Post. Terima Kasih.

Kata nama AKU digunakan untuk ditulis dengan lebih ikhlas dan natural.

Monday, May 30, 2011

Kapal Terbang Polystrene

Aku ingat aku banyak jugak mainan yang bapak aku belikan. Maybe sebab aku anak tunggal sampai umur 4 tahun. Antara permainan yang aku suka dan wish aku boleh beli sekarang ialah kapal terbang polsytrene ni, pasang-pasang sendiri lepas tu terbangkan.

Monday, May 23, 2011

Pijak Belakang

Kerja FELDA ni kerja berat. Sakit-sakit badan. Kalau bapak aku nak meregangkan badan dia selalu suruh aku pijak belakang dia. Kira macam mengurutla tu..

Monday, May 16, 2011

Selipar Jepun

Selipar jepun memang kami gunakan setiap hari masa kecik dulu. Bapak aku pulak seorang yang penjimat. Kalau selipar jepun ni putus pun bapak aku marah. Padahal memang dah sampai masanya untuk putus.

Kalau orang lain beli baru bapak aku tidak. Dia sambung bahagaian yang putus tu dengan dawai. Dulu memang aku rasa bapak aku kedekut, tapi sekarang aku sedarla bapak aku nak berjimat.

Monday, May 9, 2011

TV Telefunken

Bila bekalan elektrik dah ada, bapak aku beli tv. TV hitam putih jenama TELEFUNKEN. TV ni papan.

Bayangkan dia macam satu kotak papan dan dalam dia ada TV lepas tu dia ada pintu yang boleh bukak tutup. :D

Monday, May 2, 2011

Jamban

Rumah FELDA lama tak ada jamban dalam rumah. Yang ada hanya di luar rumah. Takde air paip dan salurannya hanya terus kedalam tanah yang dikorek dan tutup dengan papan. Kalau nak menjalankan "business" kenala bawak air dalam timba. Aku rasa masa kecik takdela kut aku membusiness malam-malam.

Lama-lama bapak aku buat jamban yang still dekat luar tapi ada proper paip dan lubang. Dan lama-lama adalah jamban dalam rumah. Sekarang aku tengah menghasut mak bapak aku tukar jamban duduk.