SELAMAT DATANG



Kisah pahit manis hidup saya di Felda Gunung Besout, Sungkai Perak. (1981-1998).

Untuk reader yang baru sampai kalau minat elok baca dari bawah dan click Older Post. Terima Kasih.

Kata nama AKU digunakan untuk ditulis dengan lebih ikhlas dan natural.

Monday, April 25, 2011

Kudis

Dulu kami budak-budak kecik memang lasak. Main pasir, panjat pokok.. Main bola tak pakai kasut terpijak kaca pun selamba.

So bila main-main dekat tanah dan pasir ni selalu luka dan bila selalu luka kaki atau tangan berkudis. Rumah jiran aku memang ada iodin untuk cuci luka.

Zaman sekarang jarang aku nampak budak kecik berkudis. Mungkin budak kecik sekarang tak lasak macam kitaorang dulu dan aku tak tau samaada itu petanda buruk atau petanda baik..

Monday, April 18, 2011

Mabuk Kereta

Kami tak pernah ada kereta. Motosikal buruk tulah yang jadi mode of transportation masa kecik. Sedara mara mak adalah jugak yang ada kereta dan ada jugak bawak aku jalan naik kereta. Masalahnya bila naik kereta aku mabuk dan muntah.

Naik bas pun sama. Bayangkan turun bas muntah. Memang kesian, orang lain yang tengok pun maybe kesian dan geli.


Monday, April 11, 2011

Ikan Sepat Ronggeng

Ikan sepat ronggeng biasanya hidup dalam berkumpulan. Saiz dia besar dua jari je. So kalau masuk dalam bubu kadang-kadang dekat beratus bila kena musim dia. Boleh buat ikan kering jugak. Kalau goreng pulak, masuk mulut sekor-sekor. Tulang-tulang sekali makan sebab kecik dan rangup. Seronok betul masa tu.

Rasa? Of coursela SEDAP!

Friday, April 8, 2011

Jerat Burung


Antara aktiviti orang FELDA yang aku ingat ialah menangkap burung. Orang sebelah rumah aku buat jebak untuk tangkap burung merbah. Buat makan kalau tak silap aku.

Tapi bapak aku tangkap burung puyuh guna tali. Aku betul-betul lupa nama jerat dia, tapi dia macam ada kayu yang melengkung dan tali tu nanti akan tangkap kaki burung puyuh tu bila dia terpijak perangkap tu. Ni old fashion punya jeratla. Makanan akan ditaburkan di sekeliling tali perangkap tu.

Wah, seronoknya kalau aku boleh buat sekarang, tapi aku mana reti sembelih binatang. Ok kalau korang tengok cara nak buat jebak tu (refer gambar atas) memang marvellous engineeringnya.

Monday, April 4, 2011

Bercucuk Tanam

Bapak dan mak aku memang rajin bercucuk tanam. Durian yang kami makan sekarang adalah hasil tanaman 30 tahun dulu.

Pokok kelapa, pokok buah-buahan, pokok sayur-sayuran semuanya lengkap. Ada yang dibuat makan sendiri dan ada yang dijual. Macam bapak aku selalu cakap.

"Kalau aku ada tenaga, aku takkan lapar. Usaha tulang empat kerat"

Itu pasal aku marah tengok orang sihat walafiat mintak sedekah.

Friday, April 1, 2011

Sungai Kilang

Bila takde air, kitaorang akan pergi mandi dekat Sungai Kilang.

Nama sungai ni dapat sebab dia dekat dengan Kilang Sawit Felda kami. Kira awal jugaklah aku mandi sungai.