SELAMAT DATANG



Kisah pahit manis hidup saya di Felda Gunung Besout, Sungkai Perak. (1981-1998).

Untuk reader yang baru sampai kalau minat elok baca dari bawah dan click Older Post. Terima Kasih.

Kata nama AKU digunakan untuk ditulis dengan lebih ikhlas dan natural.

Thursday, March 31, 2011

Buah Lerai

Kami dari kecik lagi sudah di bawa ke kebun sawit untuk membantu apa yang patut. Kerja kasar kan. Aku agak mak aku nak bagi kitaorang tau kalau takde pelajaran kerja susah. Macamlah ada pelajaran boleh kerja senang dan jadi kaya, tapi bukan itu point dia. Point dia, dia taknak kitaorang kerja sawit lagi.

Biasanya masa kecik kitaorang kena kutip buah yang dah terlerai dari buah sawit. Leceh kerja ni sebab buah sawit tu kecik dan kena kutip sebijik-bijik. Aku memang tak suka. Bila dah besar aku kerja angkat buah sawit tu terus.

Tapi kerja kutip buah lerai kena buat jugak. Dan aku memang benci.

Wednesday, March 30, 2011

Wak Noor

Kawan baik bapak aku namanya Wak Noor, orang jawa. Tapi bapak aku bukan jenis yang lepak di kedai kopi bersembang, so selalunya Wak akan datang bersembang.

Macam semua orang Wak pun ada hobi. Dia suka menangkap burung terkukur. Memikat. Kalau ada burung tekukur atau merbuk masuk dalam rumah, aku akan tangkap dan jual pada Wak.

Tuesday, March 29, 2011

Kerja Mak

Bapak aku kerja di kebun dan mak mengambik upah mengkahwinkan bunga sawit. Complicated bunyinya. Mak naik lori ramai-ramai pergi tempat dia kerja tu, dan bapak naik motor pergi ke kebun.

Monday, March 28, 2011

No.1

Aku lupa. Rumah dan kebun di bahagi kepada peneroka mengikut undian. Cabut undi.

Rumah kami no 1. - No.1 Felda Gunung Besout 1.

Friday, March 25, 2011

Ketua Block

Bapak aku adalah seorang ketua block. Aku selalu ikut bapak aku ronda-ronda kira buah sawit. Aku jugak ingat bila masa gaji semua orang blok datang rumah ambik duit.

Bapak aku tegas. Mana yang tak betul dia memang hentam. Itu pasal orang pilih dia.

Thursday, March 24, 2011

Menangkap Ikan

Image ni ada dalam kepala aku setiap masa. Ye itu bapak aku in action.

Dalam memori aku apa yang aku ingat sekali pasal bapak aku ialah dia selalu menangkap ikan menggunakan bubu. Aku rasa semua parit, paya dia dah tahan bubu dia. Biasanya ikan-ikan tu dibuat makan dan di jual. Kalau banyak sangat ikan haruan atau ikan keli bapak aku akan kumpulkan semua dan pergi jual di Pekan Sungkai untuk tambah duit poket.

Ikan yang bapak aku lepaskan masa menggagau tu sebenarnya pergi ke satu kolam besar yang air dia tak bergerak. So ikan tu membiak dekat situ. Dalam setahun hanya dua kali je bapak aku tahan bubu dekat situ, tapi sekali tahan dalam 3 hari berturut-turutla. Dan dalam masa 3 hari ni memang penuhla bubu dia dan banyakla duit boleh dapat.

Wednesday, March 23, 2011

Menggagau Ikan

Aku ingat satu hari tu bapak dengan emak masuk dalam air kering berlumpur. Mengagau ikan. Kotor, tapi apa yang aku ingat banyak jugak ikan yang dapat. Aku di suruh duduk dekat atas. Balik dari mengagau ikan tu bapak aku berhenti dekat longkang kecik dan lepaskan beberapa ekor anak ikan yang kecik.

Tuesday, March 22, 2011

Cendawan Busut

Cendawan busut biasa tumbuh bila musim hujan. Aku ingat hari tu mak bapak aku dapat dalam 2 guni. Naik motor, seguni letak dekat depan, seguni mak aku pangku dan aku tersepit tengah². Kutip banyak-banyak sebab nak jual kononnya.

Dalam perjalanan mak aku sedar yang subang dia hilang sebelah. Aku ingat jugak kitaorang berhenti dan cari dekat tepi jalan dan dalam-dalam semak. Aku ingat bapak aku cakap, pantang cendawan ialah tak boleh jual. Bagi je orang. Dah langgar pantang itu pasal subang hilang. Niat nak menjual.

Biasanya cendawan busut mak masak lemak dan goreng. Memang sangat sedap.

(wah, benda ni jadi masa adik aku takde lagi, maknanya umur aku dalam 2-3 tahun macam tu je. blog ni memang buat aku ingat benda lama)

Monday, March 21, 2011

Pak Abu

Pak Abu ada generator. Dari generator Pak Abu, kami menyewa "elektrik". Apa yang aku ingat kami ada satu mentol. Dan seingat aku jugak kami ada satu radio. Guna battery.

Ye, radio tu masih ada sampai sekarang, aku tak bagi mak aku buang, sebab nostalgia.

Sunday, March 20, 2011

1981

6hb March, 6.15 a.m aku lahir.

Takde elektrik, takde air. Dan bidan hanya sampai bila aku dah keluar. Sumber air dari perigi.

Saturday, March 19, 2011

1980

1980 bapak aku datang FELDA. Duduk rumah panjang ramai-ramai sebelum sistem blok dan rumah persendirian di bahagikan. Selepas itu undian dibuat dan bapak aku dapat lah rumah dan kebun. Tahun 1980 jugak bapak aku kahwin dengan mak aku sebab isteri pertama bapak aku sudah meninggal dan untuk layak dapat FELDA adalah "Sudah Berkahwin".