SELAMAT DATANG



Kisah pahit manis hidup saya di Felda Gunung Besout, Sungkai Perak. (1981-1998).

Untuk reader yang baru sampai kalau minat elok baca dari bawah dan click Older Post. Terima Kasih.

Kata nama AKU digunakan untuk ditulis dengan lebih ikhlas dan natural.

Monday, May 19, 2014

Resipi Agak-agak

Walaupun aku anak lelaki tapi sebenarnya aku lebih suka juga tengok emak aku memasak di dapur. Aku bukan tolong masak pun tapi slowly aku tahulah bahan-bahan yang emak aku guna untuk memasak. Jadinya bila aku dah pergi merantau aku boleh jugak memasak hasil observation aku masa kecik dulu.

Bila dah besar ni wife aku ada cara masak dia sendiri dan aku yakin by observation dari mak dia masak jugak. Bila aku teringin nak makan cara mak aku masak aku mintak recipe dari dia. Masalahnya ialah dia tak pernah bagi exact amount of bahan-bahan. Just cakap bawang, serai, halia dan cakap ikut suka kamulah.

So susahlah macam tu, aku kena teka sendiri dan cuba beberapa kali baru dapat yang perfect.

Tuesday, March 4, 2014

755 25 25

Kebanyakan iklan di TV target marketnya adalah untuk orang bandar je biasanya. Tapi kami di FELDA masih dapat tengok. Macam zaman Pizza Hut baru ada kat Malaysia dulu banyak iklan yang dia boleh deliver. Kami di FELDA ni setakat tengok je lah. Hehe.

Mak aku nak sangat makan Pizza dan dia hanya dapat makan bila kitaorang dah start kerja. Haha.

Wednesday, February 19, 2014

Jenama Peralatan Elektrik Yang Famous Masa Dulu



Aku tak tau kenapa tapi rasanya jenama Singer memang famous betul masa aku kat kampung dulu. Dan aku rasa mak bapak aku banyak jugak beli barang jenama ni. Sekarang dah banyak jenama lain macam Sharp, Samsung, Toshiba, Sony dan Panasonic so jenama Singer macam tenggelam sikit.

Friday, November 29, 2013

Bersunat Di FELDA Awal 90an

Aku bersunat secara tradisional, di Dewan Masyarakat FELDA. Ye di dewan secara beramai-ramai. Bapak aku daftarkan aku lepas tu pada paginya pergilah ke dewan tu. Ada makan-makan sikit. Kena cabut nombor giliran. Aku ingat lagi nombor aku nombor 21.

Bersunat secara tradisional ni maksudnya ada tok mudim, assistant dia dan ada batang pisang. Aku duduk atas batang pisang tu dan tok mudim uruskanlah kerjanya.

Bersunat ni takde masalah sangat sebenarnya, masalahnya datang masa nak baiklah. Kena berpantang macam-macam. Tak boleh makan itu ini, tak boleh lompat-lompat. Takut bentanlah apalah. Bapak aku jaga aku dengan elok. Luka sunat tu dia basuh dengan air suam yang dicampur dengan daun jambu batu.

Hmmm. Itu jelah kut ceritanya, anak aku nanti tak pastilah macamana.

Thursday, November 7, 2013

Cara Mengutip Cendawan Busut


Aku terjumpa video ni dekat Youtube, inilah rupa cendawan tu tumbuh. Dan inilah cara nak mengutipnya.

Tuesday, November 5, 2013

Cendawan Busut

Alhamdulillah masa adik aku balik minggu ni ada orang jual cendawan busut. Mak aku masak dan bagi adik aku bawak balik untuk dimakan bersama-sama. Alhamdulillah.


Masak lemak.


Goreng. Ini adalah sayur yang paling sedap dalam dunia ini.


Makan macam orang gila. Aku dah cakap awal-awal dekat adik ipar aku, sorry menyibuk datang rumah dia makan haha.

Alhamdulillah rezeki dalam kebun sawit.

Wednesday, October 16, 2013

Kawan Sekolah


Bolehlah cakap kitaorang kenal dari kecik. Alhamdulillah bila jumpa balik takde rasa awkward. Rasa macam dulu-dulu jugak. 

Wednesday, October 9, 2013

Sekolah Tadika

Tak banyak yang aku ingat pasal sekolah tadika. Yang aku ingat sekolah tadika aku ramai studentnya. Sebab kawan-kawan baik aku yang dekat rumah tua setahun daripada aku, aku masuk tadika ini dalam keadaan bersedialah. Sebab everytime bila diaorang balik dari tadika diaorang akan ajar aku apa yang diaorang belajar dekat tadika.

Masa umur aku 5 tahun aku dah pandai kira sampai 100. So cikgu sangat impressed bila aku boleh kira masa dekat tadika ni.

Satu lagi benda yang aku ingat dekat tadika ni ada papan gelungsur yang besar. Dibuat daripada simen so lajulah menggelungsurnya. Dan aku ingat ada jugak aku balik rumah sendiri dari tadika sebab mak aku pergi kebun balik lambat.

Friday, September 27, 2013

Sentuhan Kasih FELDA - Rumah Generasi Kedua


Sentuhan Kasih Felda mensasarkan peserta terdiri daripada golongan Generasi Baharu FELDA yang tinggal di tanah rancangan namun tidak mampu memiliki rumah sendiri. Salah seorang dari setiap keluarga yang terpilih diwajibkan bekerja di ladang pertanian. Antara syarat utama menjadi peserta sentuhan kasih FELDA ialah:

1. Pemohon merupakan Generasi Baharu FELDA
2. Sudah berkahwin
3. Berumur diantara 21 - 40 tahun
4. Hendaklah menetap dan bekerja di dalam rancangan FELDA

Maklumat penuh boleh dapatkan disini: CLICK

Tuesday, September 17, 2013

Harga Sawit

Masalah peneroka dengan harga sawit ialah ianya tidak tetap. Kesiankan? Begitulah bila bekerja sendiri ni. Bila buah sawit kurang harga tinggi, dan bila buah banyak harga rendah. Itu normallah bila benda yang kita usahakan ni adalah barang-barang seperti sawit dan getah.

Dalam zaman sekarang ni, tahun 2000 ke atas boleh cakap pendapatan kasar untuk satu tan sawit ialah dalam RM400 dan ke atas. Ada sampai RM700 kalau tak silap. Merasalah parents aku dapat banyak sikit dulu. Sekarang ni maintain bawah RM500. Lepaslah mak aku nak buat belanja makan seorang kat rumah tu.

Masalah besarnya ialah bila harga murah dan buah pulak takde. Itu yang paling sedih. Sekarang aku perasan harga sawit dan murah, tak macam dulu. (7-8 tahun lepas)

Monday, July 29, 2013

Kahwin Bunga

Gambar diambil dari: http://blogs.unpad.ac.id/

Masa permulaan FELDA Besout ni, peneroka wanita bekerja mengahwinkan bunga sawit. Menarikkan? Mungkin sebab ladang itu baru so bunga sawit ini didebungakan secara manual. Serbuk bunga jantan diletakkan di dalam botol dan peneroka wanita ni akan tabur di atas bunga betina.

Pergi kerja naik lori. Gaji? RM4 sekali pergi. Tak lama kut aktiviti sebab lepas tu persenyawaan bunga ni berlaku secara semulajadilah.

Thursday, July 25, 2013

Sejarah Sekolah Menengah FELDA Besout Dalam Bentuk Video


Saya tak pasti nak creditkan video ini kepada siapa tapi saya jumpa video ini di Facebook. Sejarah Sekolah Menegah FELDA Besout yang agak menarik. Ada nama-nama yang saya rasa pelajar yang buat video ni.

Tuesday, July 23, 2013

Koko

Arwah bapak pandai nak menambah sumber pendapatan, dan salah satu cara lagi dia tanam pokok koko dalam kebun kelapa sawit dia. Bila koko dah masak dia akan ambik, keringkan dan jual di kedai. Side income.

Gambar diambil dari fazlisyam.com 
Masalah koko ni ialah tupai. Tupai ni semua jenis buah dia akan makan dan koko tak terkecualilah. So kenalah pasang perangkap, kalau tak mana nak tambah pendapatan.

Monday, July 22, 2013

Tak Pernah Tak Cukup Makan

Aku ingat memang masa kecik-kecik yang hidup kitaorang susah, tapi seingat aku, aku sentiasa ada makanan yang boleh dimakan. Tak pernah miss walaupun mak bapak aku susah.

Mungkin hasil berbudi kepada tanah dan hasil sungai membantu.

Friday, July 19, 2013

Membuang Pelepah Sawit

Diambil dari http://satunegeri.com/halrubrik-perkebunan-5
Salah satu kerja sawit ialah membuang pelepah sawit yang masih ada di pokok. Kita clearkan pelepah sawit ini sebab nak memudahkan kerja mengait sawit itu nanti, dan mungkin untuk bagi ruang untuk pokok sawit berbuah.

Pelepah ini akan di susun berloggok di beberapa tempat secara teratur.

Daun sawit yang masin fresh boleh dibuat makanan lembu dan lidi pelepah sawit boleh dibuat penyapu lidi. Hebat tak?

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Berpuasa

Tahun ini tahun pertama aku berpuasa tanpa bapak aku. Bukan duduk serumah pun tapi iyelah, bila call kampung biasa tanya "Apak larat ke puasa?" atau cakap "Kalau tak larat apak berbuka tau?" Jangan tahan²"

Tahun ni dah takde. Dan arwah start sakit masa raya tahun lepas.

SELAMAT BERPUASA SEMUA.

Friday, May 17, 2013

Penunjuk Buluh dan Rehal


Arwah bapak aku adalah manusia yang paling berjimat dalam dunia. Malam tadi aku teringat yang masa diaorang ajar kitaorang mengaji semua peralatan mengaji tu (kecuali AlQuranlah) dia buat semua sendiri.

Rehal tu dia cari papan-papan lama dan gergaji dan buat sendiri. Dia selakkan je takde guna paku ke apa, tapi perfect je lah jadinya. Untuk penunjuk pulak dia ambik ranting buluh dan potong betul-betul untuk digunakan. Sampai sekarang ni tahan. Haha.

Thursday, May 16, 2013

Tangkap Anak Ayam Di Waktu Senja



Aku pernah cerita bapak aku ada bela ayam untuk dijual atau dimakan. Ok, ayam-ayam ini tinggal di dalam reban masa waktu malam. Masalahnya ialah bila ada anak-anak ayam yang baru menetas ni nak kena ajar masuk reban bila waktu malam sebab mak ayam ni macam tak pandai kut ajar.

So setiap sebelum Maghrib kitaorang akan tangkap anak-anak ayam ni dah masukkan dalam reban. Kira macam ajar diaorang lah. Kena kepunglah apa lah. Bila dah semua masuk, mak ayam ni akan automatically masuk sekali sebab nak jaga anak-anak dia. Aku rasa dua tiga minggu jugak process ni sampai ayam-ayam ni tau balik reban bila dah nak malam.

Bila bapak aku dah sure semua ayam dah balik dan masuk reban, dia akan tutup pintu reban tu. Kenangan ni beb!

Tuesday, May 14, 2013

Bolasepak


Aku dulu suka main bolasepak dekat kampung. Masa kecik-kecik main kaki ayam je. Takde rasa susah mana pun, rasa seronok adalah. Ada sekali tu kaki aku luka kena kaca pun tak sedar. Dah habis main baru sedar.

Bila dah besar sikit aku main dekat sekolahlah selalunya. Main dekat padang-padang awam pun ada. Cuma satu je lah, aku tak pernah ada proper football boot. Tapi dekat kedai Wak satu ni ada jual kasut yang ada stud untuk orang bawak pergi kebun. Itu yang aku guna dan ok je sebenarnya untuk main, takdelah masalah pun.

Sekarang ni aku nak anak aku main bola, tapi aku takde masa nak bawak pergi padang pun.

Monday, April 22, 2013

Mengundi Di FELDA Saya

Apa yang aku ingat, seminggu dua minggu sebelum orang keluar mengundi ketua blok akan datang rumah bagi risalah dan pamplet. Dulu aku rasa majoriti sokong Barisan Nasional. Sekarang ni ada fight sikit sebab ramai jugak start sokong PAS. Anak-anak muda pun aku tengok ada dua kumpulan. Yang sokong BN dan yang sokong PAS.

Aku tak mengundi di kampung sebab aku register untuk mengundi di sini. Sebab rumah aku tinggal sini so aku rasa takde point aku nak mengundi kat kampung.

Sunday, April 7, 2013

Penghinaan Terhadap Anak FELDA Yang Paling Saya Terasa Hati

Masa aku sekolah menengah aku sekolah asrama. Masa form 5 ada cikgu sejarah ni tanya asal dari mana dan bila aku cakap aku dari FELDA Gunung Besout dia cakaplah yang dia pernah mengajar dekat sekolah menengah FELDA aku ni.

Lepas tu dia cakap something macam ni. "Budak Besout ni takde wawasan. Masa tingkatan 5 je, habis SPM je sibuk tengok iklan kerja kosong kerja kilang. Sibuk nak kerja kilang".

Tak tau kenapa tapi sampai sekarang aku marah dengan cikgu tu sebab hina budak kampung aku.

Tuesday, April 2, 2013

Susu Formula

Tak tau kenapa sepanjang hidup aku di FELDA masa kecik aku tak pernah nampak tin susu formula. Mungkin sebab semua orang memberi susu ibu. Dan tanpa susu formula pun aku rasa ok je anak-anak FELDA ni membesar.

Tapi yang aku memang nampak adalah Nestum. Aku ingat lagi bapak aku belikan nestum untuk adik aku. Cakap pasal budak kecik dan baby ni FELDA menyediakan klinik untuk suntikan imunisasi dan segala benda. Ada klinik dan aku rasa semua jenis rawatan untuk baby kami dapat.

Thursday, March 28, 2013

Status Tanah Peneroka FELDA

Mungkin ramai yang tak tahu so aku bagi tau je lah. Status tanah yang dibeli oleh peneroka FELDA, tak kira tanah rumah atau tanah kebun adalah secara LEASE HOLD. Bukan FREE HOLD.

Lease selama 99 tahun. Sekadar makluman.

Friday, March 22, 2013

Anak FELDA Pun Boleh!


Ini slip exam budak yang lahir dalam rumah FELDA. Hahaha. Slip adik aku. Alhamdulillah. Full details: http://besout.blogspot.com/2013/03/perasaan-becampur-baur-kisah-adik-dapat.html

Tuesday, February 26, 2013

Nikmat


Tempat aku mandi parit dekat kampung masa kecik dulu macam inilah rupanya, sebijik. Agaknya memang ini gambar tempat tu sekarang. Nikmat mandi macam ni. Dulu mana ingat apa, tak takut apa-apa pun.

Wednesday, February 13, 2013

Kerusi Malas


Kalau orang lain prefer duduk atas sofa arwah bapak aku suka duduk atas kerusi malas ni. Memang dia ada kerusi ni sejak aku kecik lagi. Situlah tempat dia berehat. Siap ada dua. Satu dekat ruang tamu untuk tengok tv dan satu dekat luar rumah.

Masa kecik dulu aku pernah main letak jari dekat lubang nak adjust tinggi rendah recliner kerusi ni dan kebetulan masa tu bapak aku nak adjust dan apa lagi terkepitlah jari aku. Teruk jugaklah, nasib baik tak putus. Sampai sekarang ada parut dia.

Wednesday, February 6, 2013

Contoh Surat Tawaran Masuk Ke FELDA 1979

Hehe. Ini adalah contoh surat tawaran masuk ke FELDA. Asalnya arwah bapak aku di tawarkan masuk FELDA Kemasul, tapi akhirnya dia mintak ke Perak kut. Aku pun rasa aku prefer Perak dari Pahang sebab Perak dekat sikit kut dengan KL. Lagipun kitaorang dekat Sungkai.




Dulu Teluk Intan di panggil Teluk Anson dan jarak orang gunakan Batu bukan Kilometer. :D

Thursday, January 31, 2013

"Hidup Dan Matiku di FELDA"

Arwah bapak aku cakap masa baru-baru masuk FELDA dia duduk rumah panjang dan dia ada tulis dekat dinding rumah tu - "HIDUP DAN MATIKU DI FELDA"

Monday, January 28, 2013

Please Sedekahkan Al Fatihah Untuk Ayah Aku


Allahyarham ayah saya, Mat Wazip Bin Shaari telah meninggal dunia pada pukul 7.30 petang tadi. Please sedekahkan Al Fatihah untuk dia ye. Dan doakan dia ditempatkan di antara golongan beriman InsyaAllah.

Terima kasih.

Tuesday, January 22, 2013

Main Bola

Memandangkan bola sepak adalah sukan rakyat, boleh dikatakan ramai orang main bola petang². Aku ingat bapak aku pun ada main dan seingat aku not bad jugak. Aku duduk atas motor tengok bapak aku main.

Seingat aku setiap kawasan ada padang besar sendiri, tapi kalau masa budak-budak dulu aku main je kat mana-mana. Memang tak pakai kasut. Sampai luka-luka pun ada tapi enjoy.

Simple sungguh hidup masa dulu. Simple tapi best.

Thursday, January 10, 2013

Menjual Ayam Kampung

Gambar diambil dari sini: http://www.photomalaysia.com/forums/showthread.php?64402-Ayam-Kampung
Ayam yang bapak aku bela kebanyakkannya untuk dijual kepada peraih. Kira 4/5 macam tu lah kut untuk dijual dan 1/5 untuk dimakan.

Biasanya peraih ni adalah orang berbangsa Cina dari pekan datang keliling kampung naik van. So kalau nampak diaorang tu bapak aku akan tahanlah dan jual pada diaorang. Ikut kilogram. Aku rasa masa akhir-akhir zaman bapak aku bela hari tu ada pakcik dalam FELDA aku sendiri yang jadi peraih. So kalau agak-agak ada yang nak dijual bapak aku call je pakcik tu dan pakcik tu akan datang beli.

Tuesday, December 18, 2012

Baja Taik Ayam


Masa bapak aku dulu bela ayam dia ada buat proper reban. Dan bawah reban tu dia letak zink. So taik ayam ni akan terkumpul atas zink tadi and dia boleh kumpul dan buat baja.

Kira kreatif jugaklah bapak aku. Dia jenis banyak berusaha orangnya. Baja tu tadi dia guna untuk pokok-pokok yang dia tanam. Semua bendalah buat sendiri.

Wednesday, October 31, 2012

Cabai Burung Dan Ibubapa Saya


Adalah normal untuk peneroka bercucuk tanam di dalam ladang sawit atau di kawasan rumah. Tanah subur. Tanam pisang, pisang jadi. Tanam durian, durian pun jadi haha, dah berbuah dah pun. Salah satu tanaman yang mak dan bapak aku tanam ialah cabai burung ni. Selain untuk kegunaan sendiri ianya juga dijual kalau banyak.

Masalah besarnya, sama juga dengan pisang, kalau lambat ambik akan ada orang curi. Kesiankan? Aku rasa durian dekat kebun bapak aku tu pun macam susah je kitaorang nak merasa.

Sunday, October 28, 2012

Ibadah Korban dan Masyarkat FELDA. (Dulu dan Kini)



Aku ingat lagi dulu, masa aku kecik ibadah korban hanya dilakukan di Masjid. Kira orang ramai berkongsi bahagian. Dan seingat aku jumlahnya takdelah banyak sangat pun.

Tapi zaman sekarang, mungkin sebab taraf hidup dah meningkat dan mungkin anak-anak peneroka sendiri dan ada pendapatan dan prefer buat korban di kampung, jumlah lembu korbannya banyak. Dan ada yang buat korban secara individu. Buat di rumah sendiri, lepas tu terus buat kenduri dan sedekah daging pada jiran. Ada orang yang buat tiap-tiao tahun pun ada.

Serious dulu nak dapat daging korban macam jarang, sekarang boleh dapat lebih sekilo. Aku mesti akan bawak balik rumah everytime musim korban sebab mak aku dapat berlebih-lebihan.

Tuesday, October 23, 2012

Lori Hantu



Ha tau apa itu lori hantu. Lori hantu ni biasanya digunakan untuk mengangkut sawit ke kilang. Kait sawit - angkat dalam kereta sorong bawak ke tepi jalan - letak dalam lori hantu - bawak ke kilang.

Biasanya memang takde road tax semua. Memang semata-mata lori je pun. Siapa yang ada modal bolehlah buat side income dengan ambik upah hantar sawit ke kilang. Sampai sekarang pun ada. Sekarang upah lori ikut tan kalau tak silap.

Monday, October 15, 2012

Kalau Sakit

Sebagai manusia kita tak terlepas daripada sakit. Walaubagaimanapun tinggal di Malaysia ni banyak kelebihannya. Klinik kerajaan disediakan. Klinik ibu mengandung pun ada. Segala kelengkapan memadai untuk semua orang. Kalau nak pergi klinik swasta biasanya peneroka akan ke pekan Sungkai atau Slim River.

Oh ye bomoh, atau orang yang boleh ubat secara tradisional pun ramai. Aku masa darjah 5 kena sakit gatal satu badan ada makcik ni ubatkan. Bapak aku accident patah tulang rusuk, bomoh tulang urutkan. Kira oklah jugak sebenarnya ada kemudahan bila sakit ni.

Friday, October 12, 2012

Recycle Bottle



Masa kecik dulu lagi dah ada aktiviti recycling ni. Biasanya kitaorang akan jual botol kicap atau botol sos je lah kut. Botol air minuman pun ada. Botol kaca. Selalunya mak aku akan letak dekat pangkal pokok. Bila orang tu biasanya India datang naik lori kitaorang jual.

Biasanya duit tu aku dengan adik aku ambiklah. Dapatlah 20sen ke 40 sen kalau tak silap, tapi zaman tu 10 sen pun sangat berharga.

Sunday, October 7, 2012

Sekolah Rendah

Aku start sekolah rendah pada tahun 1987. Aku rasa masa tu belanja aku dalam 20 sen je kut. Dan aku rasa jugak, kuih 10 sen boleh dapat 3 banyak kalau tak silap. Aku tak pasti sangat, logik ke 10 sen dapat 3 masa tahun 1987. Yang aku pasti, belanja aku takdelah banyak sangat.

Monday, October 1, 2012

Ikan Tembakang


Ini adalah ikan tembakang. Masa kecik aku dengan bapak aku tangkap sendiri. Aku pernah kena pelempang dengan bapak aku sebab balik lambat pergi menggagau ikan ini. Ikan ni sedap masak lemak dan goreng. Aku suka sangat telur dia. Memang sedap betul pada aku.

Tapi sekarang dah tak pergi tangkap beli kat pasar sekilo RM10.

Friday, September 28, 2012

Sekolah Rendah

Bila dah mula sekolah rendah pada mulanya mak aku hantar dan ambik. Bila dah lama sikit mak aku hantar tapi balik sendiri jalan kaki. Selamat, takde takut apa-apa pun. Rasa bebas. Sekarang ramai orang jahat.

Monday, August 13, 2012

Meriam

Contoh Meriam Besi - Gambar di ambil dari  http://one5zul.blogspot.com/2011/08/balik-kg-lagi-version-main-meriam.html 
Haha, kalau musim raya sahaja mesti FELDA aku jadi macam medan perang. Mercun itu biasa. Meriam pun biasa. Meriam yang hardcore dalam segala sejarah meriam. Meriam besi. Meriam palong buat longkang tu pun ada.

Untuk yang tidak tau, ada satu lubang besar dan satu lubang kecik di meriam ini. Lubang besar ni yang kat depannyalah. Lubang kecik dekat pangkal, dan di atas. Caranya, mula² seoarang akan masukkan kabait yang dicampur air ke dalam meriam. Dalam bekaslah kabait ni. So lubang besar dan lubang kecik ni tadi di tutup seketika. Bila cukup masa lubang kecik ni tadi dibukak dan di cucuh api.

Ha masa tu lah letupan akan berlaku. Memang kuat lah kalau jenis besi ni. Biasanya besi ni di tanam dalam tanah untuk tak bagi berkecai. Kira selamatlah jugak sebenarnya bagi mereka yang expert. Ada jugak main meriam tin tapi tahun depan jelah aku cerita cara mainnya.

Tuesday, August 7, 2012

Nak Raya


Masa kecik kalau nak shopping mesti pergi Teluk Intan. Aku tak rasa mak bapak aku tak pernah belikan kitaorang baju raya. Mesti akan ada punya setiap raya.

Dulu masa raya kitaorang balik kampung. Naik motor berempat orang. Masaklah lemang semua. Tapi sekarang rumah mak bapak aku itulah kampung dan aku memang malas nak balik kampung yang kampung tu dulu.

Thursday, July 19, 2012

Kitab

Nak dekat puasa ni aku teringat, bila esoknya nak start puasa bapak aku akan bukak kitab dan ajar aku yang masih kecik niat puasa. Kitab tu dah lusuh dan terkoyak-koyak. Bila dah beranak pinak ni giliran aku pulak mengajar anak cumanya instead of guna kitab aku bukak tablet hehe.

Ini Ramadhan kedua yang bapak aku takde.

Monday, July 16, 2012

Galah Sawit


Gambar ambil dari sini:  http://animhosnan.blogspot.com/2011/12/sabit.html 
Untuk mengait sawit peneroka memerlukan galah dan sabit. Sabit diikat pada galah dengan sangat kuat. Bapak aku guna galah buluh je dulu. Ada sampai satu tahap galah tu kena sambung dua sebab pokok dah tinggi sangat.

Dan ramai jugak orang yang guna galah besi. Kerja sawit ni kerja berat. Nak angkat galah lagi, nak kait sawit lagi. Kena guna teknik yang betul lagi. Tak terkejutlah kalau peneroka ada six pack.

Wednesday, July 4, 2012

Cekelat Susu - Favourite Masa Kecik


Inilah makanan kegemaran aku masa kecik. Dia ada macam-macam perisa so masa beli tu memang pilih yang favourite. Sekarang pun ada jual lagi rupanya dan bila bagi anak-anak aku makan diaorang tak suka. Maybe sebab diaorang dah rasa yang lagi sedap. Apa-apa pun ini adalah nostalgia.

Monday, May 14, 2012

Selipar Jepun


Bapak aku adalah seorang yang sangat berjimat. Bayangkan selipar jepun. Selipar jepun ni kalau dipakai hari-hari mestilah ada kemungkinan akan putus kan? Bila selipar jepun ni putus bapak aku akan sambung bahagian putus tu dengan dawai.

Bapak aku jugak garang. Bila selipar aku putus aku takut nak bagitau bapak aku. Hahaha..

Sunday, May 13, 2012

Satu-satunya Risiko Yang Aku Risaukan...

So whatever happens pasal FGVH sekarang tanah peneroka tidak akan tergadai. Selamat. Seriously aku tak peduli sangat pasal saham dan loan tu. Aku tak taulah kenapa. Maybe sebab aku rasa bendanya tak banyak. Takpelah, kita tengok nanti. Aku harap ini post last pasal benda ni, lepas ni biar aku cerita pasal kenangan duduk FELDA balik, tujuan asal blog ini.

Biasanya peneroka-peneroka sekarang sudah berusia dan mereka hanya ada ladang yang sepuluh ekar untuk diusahakan. Ye ada peneroka yang berniaga tapi mungkin dalam 1%-2%, diaorang ini kita tak perlu risau. Yang aku risau ialah bila bukan FELDA yang sekarang ini kuasai pentadbiran dan akhirnya diaorang ni manipulate dan control harga sawit.

Aku rasa orang patut concern pasal itu. Kalau nak bergaduh ke bertengkar ke pasal itu. Sebab itu sumber pendapatan peneroka yang paling utama atau itu je satu-satunya sumber pendapatan.

Minggu lepas aku dengar harga sawit satu tan RM800. Paling kurang aku dengar RM600. Harga dia berubah-ubah dan aku rasa takde siapa pun peduli pasal benda ini. Macam aku sendiri pun, pada aku kalau harga masih RM500 satu tan dan ke atas aku happy untuk bapak aku. Sebenarnya harga sawit inilah yang patut dijadikan main point oleh pejuang-pejuang yang kononnya nak menyelamatkan peneroka tu. Bukan pasal tanah tergadai yang pointnya salah sama sekali.

Biasanya peneroka akan menuai hasil sawit dua kali sebulan. Katakan kali pertama dapat 3 tan dan kali kedua dapat 2 tan sama dengan 5 tan, itu kalau 5 tan lah, minima. Ada yang dapat sampai 11 tan. 5 tan darab RM600 tolak upah Indon ambik sawit, tolak sewa lori dapatlah bawak balik dalam 2000++. Cukup makan suami isteri.. Anak-anak biasanya semua dah kerja.

Tapi aku taknaklah satu hari nanti harga sawit jadi RM50 satu tan, jadi miskinlah peneroka, biarlah FELDA masuk bursa ni nanti jadikan harga sawit RM1000 satu tan.

Saturday, May 12, 2012

Cerita Terkini Baik, Buruk Dan Lawak Duit RM15000

Blog ini sepatutnya blog kenangan aku masa kecik, tapi sebab kes FGVH ni tengah kecoh, aku updatelah pasal ni dulu, update apa yang patut.

Cerita Lawak
Ada satu pihak tu dulu dia memang lawan betul FELDA masuk bursa. Cakap tak betullah apa lah. Bila dah jadi diaorang cakap pulak duit RM15000 tu tak cukup untuk peneroka. Spin lagi cerita, dari tak betul jadi betul tapi dapat sikit. Memang pada aku pun 15K tu sikit tapi aku ketawa je lah bila tengok orang tu spin cerita gila-gila. Yang lawaknya ramai pulak yang sokong dan tak pulak tanya orang tu balik "eh hari tu cakap benda ni tak betul?". Kesian betul.

Cerita Buruk
Semalam peneroka di FELDA bapak aku dapat cheque. Yang aku menyampahnya orang Proton bawak masuk Preve promote kat masjid. Sorrylah aku tak suka orang ambik kesempatan. Taulah nak berniaga tapi tak perlulah macam ini.

Cerita Baik
Bapak aku nak guna duit yang dia dapat tu untuk buat Haji Badal arwah ayah dan emak dia. Korang tengok, mungkin pada aku bahagian dia yang 5K tu sikit tapi tengok besar impactnya yang dia boleh buat. Tak cukup pun 5K nak buat Haji Badal untuk dua orang tapi aku yakin ianya membantu. Alhamdulillah dan itu buat aku respect bapak aku dengan tinggi lagi.

Aku dengar cerita yang saham FELDA tu boleh je ditolak. Ada borang penolakan. Mana ada paksaan, kalau taknak jangan sign. Ini berita baik untuk orang yang taknak ambik.

Friday, May 11, 2012

Penjelasan Terperinci Mengenai Tanah Peneroka, Bukan Tanah FELDA (Organisasi)

Ini adalah cerita pasal tanah peneroka tidak akan tergadai. Bukan pasal rugi untung saham, bukan pasal politik. In fact bukan pasal FGVH pun, ini pasal TANAH PENEROKA. Sekian terima kasih.

Sebelum itu aku nak terangkan pasal tanah FELDA (organisasi) yang aku dont really give a damn about. Sebab apa aku tak peduli? Sebab tanah FELDA (organisasi) adalah tanah yang diuruskan sendiri oleh FELDA tanpa melibatkan peneroka dan OBVIOUSLY bukan hak peneroka atau anak peneroka. Unless FELDA offer orang untuk jadi peneroka baru. Itu lain cerita. Ye ada anak peneroka kerja berkaitan dengan tanah FELDA ini sebagai staff, bukan sebagai peneroka.

Kembali kepada tanah peneroka, based on bapak aku punya kisahlah ye, dan aku rasa mana-mana pun lebih kurang kisahnya. Bila seseorang masuk FELDA peneroka akan diallocate dalam 1/2 - 1 ekar tanah dan rumah untuk tempat tinggal dan 10 ekar untuk ladang sawit. Di sini aku nak ceritakan pasal tanah ladang. Bila masuk FELDA kau akan dibahagikan mengikut system blok. Kumpulan. Dalam 28 orang macam tu. Bapak aku Block 6 Peringkat 1. Sistem blok ni kira senanglah untuk differentiate dan manage. Ada geng.

Tanah dan rumah ini bukanlah diberi percuma. Ianya di BELI dengan bayaran yang agak berpatutan dan dibayar secara ansuran. Dan masa mengusahakan tanah ini FELDA akan bagi baja dan segala bantuan lagilah. Aku yakin mesti dengan bayaran jugak. Potong gaji. Ingat ye, beli tanah secara ansuran dan dapat subisidi baja etc untuk usahakan.

Pada asalnya peneroka akan diberi empat bahagian tanah (2.5 ekar x 4) untuk diusahakan. Kita panggil Ladang A, B, C, D. Ladang A mungkin di atas bukit yang banyak landak dan beruang. Ladang B mungkin sebelahnya ada sungai yang banyak ikan, Ladang C tempat banyak langsuir dan penanggal dan Ladang D tempat orang bunian tinggal. Ikut nasib. Aku saje je cakap benda-benda bahaya ni sebab nak bagitau susah orang-orang FELDA ni dulu. Diaorang usahakanlah ladang-ladang diaorang ni.

Sampai satu masa 4 ladang ini akan dicantumkan menjadi 10 ekar. So Ladang A bapak aku akan bercampur dengan Ladang A pakcik Hassan, pakcik Abu dan pakcik Mat contohnya. Di sini sistem undian dilakukan oleh ahli blok ini tadi. Kira kau dah tak semestinya dapat ladang asal kau. Masa ini ada lah pakcik yang nak swap ladang dengan pakcik lain suka sama suka kalau diaorang tak berkenan dengan lot tanah yang diaorang dapat. Macam bapak aku dapat tanah dekat jalan besar so dia puashati. Sebab apa orang ada swap? Sebab diaorang ada tanam pokok-pokok dah dalam ladang diaorang so kalau boleh naklah dapat tanah asal diaorang. Tanam durian ke apa ke. Yang tak swap biasanya akan bayarlah sikit duit untuk pokok-pokok tu sebagai tanda ihsan dan ganti rugi. Tamat.

Sampai satu masa lagi kau dah dapat hak tanah ladang dan rumah kau. HAK MUTLAK. Dah habis bayar. Dapatlah geran semua. Biasanya bila ini berlaku ialah bila mana pokok sawit engkau akan kena tanam semula (atau lebih awal). Tanam semula bermaksud pokok kena tebang and start tanam balik from scratch. Takde income untuk beberapa tahun plus kena berusaha membesarkan pokok dengan jayanya.

Bila masa ini sampai kau ada 2 option, bagi FELDA uruskan dan end of the month kau akan dapat duit. Jumlah duit ini adalah tetap dan kau bolehlah duduk rumah buat apa yang kau suka. Bagi uruskan bukan bermaksud tanah itu jadi hak FELDA semula. Tanah itu hak engkau. Atau, kau usahakan sendiri. Macam bapak aku dia usahakan sendiri. Keluar modal sendiri untuk tanam semula dan uruskan ladang dia. Hasil tetap dijual ke kilang FELDA dan mestilah jumlah pendapatan yang dapat lebih dari orang yang bagi FELDA uruskan. Bukan bapak aku buat kerja pun sebenarnya, dia dah tua, so dia upah anak-anak peneroka yang masih stay dekat sana.

Kena diingat jugak tak semestinya budak-budak yang stay ni gagal, atau apa lagi benda negatif yang korang fikirkan. Diaorang stay maybe sebab nak jaga mak ayah, diaorang stay maybe sebab nak berniaga di FELDA yang lebih menguntungkan dan maybe diaorang stay sebab nak kerja FELDA, as in jadi staff FELDA (organisasi). Dan maybe duduk FELDA lagi senang dari aku yang kerja dekat bandar. (memang pun diaorang lagi banyak duit, hisap rokok Dunhill)

Last sekali aku nak cerita, peneroka yang jual hasil kepada FELDA walaupun tak suruh FELDA usahakan masih dapat special previlleges macam Bonus Raya, Bonus Hasil Sawit dan apa-apa lagi. Aku harap sekarang orang semua faham. Yang FGVH tu diaorang guna tanah FELDA (organisasi) dan orang risaukan kalau satu hari nanti tergadai. Seingat aku 50% masih dimiliki oleh bumiputera dan diaorang sign agreement dengan SPRM supaya takde benda-benda yang buat orang was was dalam urusniaga FGVH.

Kita doakan yang terbaik, itu lebih baik.

Mengenai bekas peneroka yang hidup melarat lepas dapat duit berjuta² macam ex FELDA LBJ yang nak bayar duit elektrik pun tak mampu walaupun duduk rumah banglo ialah sebab diaorang JUAL tanah yang hak milik diaorang inilah. Mungkin diaorang tak beringat masa dapat duit dan tanah nak diusahakan pun dah takde, so takde pendapatan. TANAH SUDAH DIJUAL! Tak sama langsung dengan kes RM15000 ni. Sekian terima kasih.

Aku akhiri dengan:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al Hujurat ayat 6)

Kalau kau boleh luangkan masa tengok, baca dan share expalanation si A aku yakin korang boleh luangkan masa tengok, baca dan share penjelasan si B. Even a sheet of paper has two sides. In seeking truth you have to get both sides of a story.

Article lain sila click: Penjelasan Isu Tanah Peneroka FELDA Tergadai FVGH

Thursday, May 10, 2012

Jalan Ladang Berlecak

Jalan di ladang² sawit adalah jalan tanah merah, sampai sekarang pun sebab mustahillah kut nak tar jalan dalam ladang. Dan lori sawit pun keluar masuk ladang hari-hari untuk bawak buah pergi ke kilang.

So bila hari hujan ada bahagian² jalan yang akan berlopak dan lecak. Tanah merah tu berselut. Kalau naik motor biasanya orang yang duduk belakang akan turun untuk memudahkan orang yang bawak motor melepasi kawasan lecak itu. Ada sekali tu bapak aku cerita masa tu aku kecik lagi kitaorang naik motor bertiga, bapak aku, aku kat tengah dan belakang abang aku. Masa kat kawasan lecak tu abang aku turun dan bapak aku tak perasan. Bapak aku jalan je lah dan ayat yang keluar dari mulut aku masa tu ialah "Kesian abang Min" banyak kali.

Lepas dah jauh baru bapak aku sedar abang aku takde. Lepas tu dia patah balik. Ini antara cerita yang diulang-ulang bila kitaorang berkumpul kat rumah sampailah sekarang.

Wednesday, May 9, 2012

Penjelasan Isu Tanah Peneroka FELDA Tergadai FGVH

Ini adalah cerita pasal tanah peneroka tidak akan tergadai. Bukan pasal rugi untung saham, bukan pasal politik. In fact bukan pasal FGVH pun, ini pasal TANAH PENEROKA. Sekian terima kasih.

Mintak maaf sebab cerita pasal benda ini lagi. Aku anak FELDA dan aku rasa aku bertanggungjawab jugak cari informasi yang tepat dan sebarkan. Sebabnya? Sebab orang yang bukan peneroka lagi banyak cakap dan risaukan peneroka dan termasuklah takut satu hari tanah tergadai bila FGVH masuk bursa.

Selain orang di forum berbincang dan ramai jugak penyebar fitnah dan ramai jugak yang risaukan duit kerajaan habis ada lagi orang yang risau iaitu anak peneroka-peneroka sendiri (as iflah dioarang ni nak mengerjakan tanah 10 ekar tu.)

Aku nak bagitau satu benda, tanah peneroka dan tanah FELDA adalah lain. Aku rasa orang ramai risau pasal tanah peneroka. Tanah peneroka dah ada hak milik peneroka yang takde kait mengait pun dengan FELDA kecuali 1) hasil dijual kepada FELDA. 2) atau suruh FELDA uruskan ladang dan hujung bulan ambik duit (fixed dan peneroka duduk rumah goyang kaki). Aku baru tulis pasal ini dengan lebih mendalam di sini aku insist korang baca untuk lebih faham, post ni tak payah baca pun takpe - SILA CLICK LEPAS HABIS BACA YANG INI

Minggu lepas bank-bank di suruh pergi ke semua FELDA untuk tolong peneroka bukak akaun beli saham. Ye ada charges yang agak tinggi perlu dibayar dan bank memang buat untung dalam hal ini. Not to mention benda ini dibuat dengan tergesa-gesa sampai ada orang tak sign. Was-was. Abaikan sekejap walaupun kesian dengan peneroka. Minggu ini pulak keluar dekat Facebook yang ada penganalisa ekonomi dan macam-macam orang lain yang buat kesimpulan tanah peneroka akan tergadai kalau tak mampu bayar loan beli saham itu tadi. Macamlah orang FELDA ni miskin sangat.

Antara form yang kena sign. Berapa unit saham tu tak taulah lagi tapi aku gerenti tak lebih seribu. Katakan satu unit 5 ringgit. Katakan 1000 unit (10 lot), baru RM5000. Tapi cakap berlapik jugak aku ni. Kalaulah jumlah loan lebih dari 10K aku takkan bagi ayah aku sign. Baiklah dia tolak sahaja saham tu. Dia dah tua dah pun, 10K tu banyak.
Ada penganalisa ekonomi pandai cakap kalau hutang melebihi RM30000 tak boleh bayar nanti istihar bankrap. Akibatnya tanah peneroka boleh dirampas. Dan benda inilah yang disebarkan ke seluruh dunia. Bagi semua orang takut. Dia cakap kalau bankrap, yang macam mustahilla pada aku dengan tahap ekonomi peneroka sekarang. BUKANNYA SIGN SURAT tanah boleh tergadai. Pahe dok? Kome faham tak?? 
Untuk persoalan duit datang dari mana, mari saya quote ada brader ni cakap:
Duit untuk felda datang dari felda la. Selain ladang yg diusahakan peneroka, banyak jugak yg diusahakan direct oleh felda. Terutama ladang-ladang yg baru. Sekarang mana ada bukak tanah untuk peneroka baru lagi dah. Masa masuk hutan pahang, tak tau berapa ribu hektar tanah yg felda usahakan direct. Kalau sawit seekar boleh dapat untung bersih 300 sebulan, kali dengan ribu-ribu hektar tu. Tu pasal la dia nak realised the value of the company guna FGV. Felda bukan setakat peneroka. Tu pasal peneroka yg tolak FGV, memang rugi la. Cuma sumbangan peneroka di peringkat awal Felda memang patut dihargai.
P/S: peruntukan saham bumiputra FGV dah tutup last week. Berebut org nak beli. Peneroka pulak ada special allocation lagi. Memang untung diaorang.
Dan akhir sekali untuk anak-anak peneroka yang risau, kawan aku seorang lawyer dan pergi sign semua surat minggu lepas sebab ayah dia dah takde so jadi wakil. Dia seorang yang buat suratkhabar Utusan Malaysia yang dibagi free dekat rumah dia jadi lapik siang ikan explain di bawah dan menjawab semua kegusaran anda semua:



Ada orang cakap:  Saham tu dicagarkan pada bank.. bukan kita kontrol.. so bukan senang nak jual balik.. 

Jawapan: Pasal share memang pledged under nama bank, kita panggil nominees sebab pakai duit bank utk beli kan. Kalau nak jual, apa yg susahnya? Call je dealer, dia jualkan la price apa yg orng nak. Tak pernah dengar bank tak kasi jual sbb sentiasa ada buyer. But kadang2 orang buat not in the best interestla. Siapa yang cakap susah nak jual ni lebih kepada nak menghasut je lah (kata kawan aku yang kerja bidang saham² seumur hidup dia) Dan sila baca apa brader sorang ni pulak cakap:
Sebenarnya mana2 saham kalau kita xde duit memang kena buat loan nak dptkan saham tu.Sama mcm TNB,setiap staff akan diberi beberapa lot saham..utk dptkan lot saham tu memang kena buat loan unless orang tu memang boleh dptkan cash ribu2.Bila buat loan adalah normal berhutang mesti ada agreement kena byr balik..Tp biasabya kalau xsebut dlm agreement diambil tanah ke, harta ke..maka memang bank xboleh amik.Sebenarnya ramai orang luar berebut nak dptkan saham fgvh ni..even aku pun kalau boleh aku nak mohon tp xboleh sebab utk peneroka felda jer.Konsep dia sama mcm bank rakyat juga..tgk berapa ramai org berebut nak beli share bank rakyat..sebabnya keuntungan setiap tahun dpt average 16%.Kalau saham blue chip xperlu risau...Tgk mcm Sime Darby..division plantation diorang untung byk setiap tahun..Semua company besar mcm TNB,Sime Darby,Telekom malaysia dan GLC lain semua dalam blue chip.Kalau sapa orang Felda xnak share FGVH tu boleh la bagi kat aku...ehehe..aku sggggt nak..
Pendapat aku sendiri: Yang patut peneroka arguekan ialah kenapa share ni tak dibagi percuma sahaja?? Heheheh.. Dan aku yakin sebab peneroka kena ambik loan dan bukan bayar guna cash sendiri adalah sebab  kita tak tau lagi berapa share yang kita akan dapat dan berapa ringgit bendanya, bukan sebab peneroka takde duit nak beli cash.

Yang aku dengar dari semalam. Rugi, tanah tergadai, rugi, tanah tergadai, rugi, tanah tergadai. BErapa ramai yang terlibat sekarang ni. Doalah benda yang baik-baik untuk peneroka peneroka ni, kalau kita sifat negatif sangat Allah pun tak suka. By the way tanah peneroka memang takkan tergadai dan silalah doa saham tu untung. Rakyat Malaysia jugak untung.

Ok sekian terima kasih.Oh ye by the way aku sedikit pun tak menafikan yang ini macam ole² nak dekat pilihanraya, tapi we dont give a damn sebab dulu kitaorang susah kalau tak masuk FELDA mana nak mampu BUAT rumah bungalow tanpa loan. Yang aku peduli sekarang ini ialah mak aku cakap duit 5k untuk anak-anak tu ialah untuk duit yang mak ayah takde. Haha.. Macamanalah aku nak bagitau dia yang duit itu memang untuk anak-anak regardless mak ayah hidup atau tidak. Nanti dia cakap aku nak menghabiskan duit dia pulak. Hehehe.

Aku akhiri dengan:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al Hujurat ayat 6)

Kalau kau boleh luangkan masa tengok, baca dan share expalanation si A aku yakin korang boleh luangkan masa tengok, baca dan share penjelasan si B. Even a sheet of paper has two sides. In seeking truth you have to get both sides of a story.

P/S - Aku bukan quote cakap kutu-kutu jalanan ye, aku quote from orang yang professional dan ada experience.

Article lain sila click: Penjelasan Terpeinci Mengenai Tanah Peneroka, Bukan Tanah FELDA (Organisasi)

Tuesday, May 8, 2012

Durian Runtuh FELDA RM15000


Durian Runtuh FELDA RM15000
Berita from http://bharian.com.my

Najib umum 'durian runtuh' RM15,000 setiap keluarga peneroka

2012/05/08

JENGKA: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian "durian runtuh" sebanyak RM1.689 bilion kepada peneroka FELDA berikutan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia bulan depan.

Perdana Menteri berkata, pengagihan fasa pertama membabitkan RM5,000 kepada peneroka diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri dan fasa ketiga RM5,000 untuk generasi kedua.
Beliau mengumumkan berita gembira itu di depan lebih 30,000 peneroka di padang FELDA Jengka 8, Pahang, sebentar tadi.
_________________

Macam semua orang cakap, betterlah daripada takde langsung, siapa nak bagikan?? Aku terkilan sebab hari tu cakap peneroka akan terduduk mendengar jumlahnya. Bila aku dengar 15K biasa-biasa jelah, takdelah sampai terduduk. Disappointed sikit.

Aku yang disspointed tapi mak bapak aku happy. Itu yang lagi penting! Bukan hak aku pun yang aku nak disappointed. Majority semua orang pun happy. Takpelah semoga peneroka FELDA happy..


Article lain sila click:

Penjelasan Terpeinci Mengenai Tanah Peneroka, Bukan Tanah FELDA (Organisasi)

Penjelasan Isu Tanah Peneroka FELDA Tergadai FVGH

Thursday, February 9, 2012

Almari Berjaring


Aku ingat dulu dekat rumah aku ada almari kayu dan tingkap almari tu berjaring besi. Biasanya simpan lebihan lauk dalam almari itulah. Sekarang aku tak pernah nampak almari macam tu. Zaman sekarang lebihan lauk orang simpan  bawah tudung saji.

Thursday, January 26, 2012

Video Game


Jadi anak kepada bapak aku bermakna aku takkan dapat luxury item sebab bapak aku orang yang berjimat. Contoh luxury adalah video game. Tapi ada jugak orang yang ada video game di FELDA dan diaorang akan sewakan mengikut jam. 50 sen kut satu jam. Kalau nak merasa kitaorang pergilah sewa, kumpul duit dulu. Masa itu rasanya game Mario Bros yang paling best.

Masa aku dah besar sikit kawan baik aku anak pegawai FELDA dan rumah dia ada video game ni. Dia yang ajak aku main dekat rumah dia. Game lumba motor tapi tak ingat apa tajuknya.

Monday, January 16, 2012

Nenek-nenak Si Bongkok Tiga


Baru-baru ni anak aku yang kecik tu nyanyi lagu ni masa balik dari nursery. Memang jauhla lagu ni punya memori. Sejauh umur aku 5 tahun kut. Inilah permainannya. Bila main masuk bab-bab lagu ni biasanya bila main campur lelaki dan perempuan. Memang nostalgic betullah.
"Nenek-nenek si bongkok tiga, siang mengantuk malam berjaga, mencari cucu di mana ada, nenekku kahwin dengan anak raja.
Cucu-cucu tak dapat lari, nenek tua banyak sakti, sekarang nenek nak cari ganti, siapa yang kena dia yang jadi."
Dan semua orang akan lari, menyorok sambil ketawa tutup mulut bila "si nenek" cari orang.

Tuesday, January 3, 2012

Pergi Dan Balik Tadika

Aku pergi dan balik tadika mak aku hantar. Tapi ada jugak yang aku berjalan je balik sebab mak aku pergi kebun. Bayangkan umur 6 tahun selamba berjalan balik rumah yang agak jauh. Mak bapak tak risau pun pasal keselamatan sebab memang confirm selamat.

Zaman sekarang tak boleh lagi buat macam tu. Jarak sekolah ke rumah dalam 100 meter pun belum tentu selamat.

Tuesday, December 27, 2011

Tadika Kemas

Masa umur 6 tahun aku pun masuklah ke tadika kemas. Uniform biru petak-petak. Sebab aku kawan dengan orang yang lagi tua so aku taulah jugak pelajaran-pelajaran yang akan diajar. Ramai kawan masa ni dan seingat aku dalam kelas duduk bersila je.

Monday, December 19, 2011

Ubi Kayu



Ubi kayu adalah tanaman yang masih ditanam di rumah mak aku sampailah sekarang. Pucuknya untuk dibuat sayur dan ubinya untuk direbus atau digoreng. Mak aku cakap pokok ubi yang diambik pucuknya nanti isi ubinya tak sedap.

Biasanya ubi rebus tu makan waktu petanglah, cicah dengan kelapa parut atau ikan masin.

Monday, December 12, 2011

Minum Petang

Apa yang aku ingat mak aku mesti akan menyediakan makanan dan minuman untuk waktu petang. Dah jadi macam tradisi. Lepas Asar macam tu mesti akan ada kuih dan air teh. Sampailah sekarang, mak aku tak pernah miss.

Kalau nak dibandingkan dengan kehidupan aku sekarang, aku rasa jarang sangat wife aku sediakan dan aku sendiri pun takde rasa nak minum petang. Mungkin sebab sampai rumah pun dah pukul 6 petang ke atas.

Friday, December 9, 2011

Mengaji Dan Bersilat

Bapak aku ajar aku mengaji sendiri tapi ada jugak orang yang hantar anak-anak mengaji dengan orang lain. Senarionya, lepas Maghrib adalah budak-budak berjalan beramai-ramai ke rumah orang yang mengajar mengaji itu.

Ada jugak pakcik yang bukak kelas silat. Kelasnya di waktu malam jugak tapi bukan setiap harilah. Aku ada join, tapi tak lamalah sebabnya aku dah lupa. Bapak aku tak bagi rasanya sebab dia tak suka aku keluar malam.

Thursday, December 8, 2011

Tanah Rezab

Ke tanah reserve ya? Aku pun tak pasti tapi biasanya ada tanah-tanah kosong berdekatan penempatan peneroka. Depan rumah parents aku pun ada, so berpakat-pakatlah penduduk untuk bahagi-bahagi kawasan. Ada yang tanam cempedak, tanam durian, tanam pokok jagung, pokok ubi dan macam-macamlah lagi. Daripada terbiar.

Dalam tahun 2000-an hari tu kerajaan ambik tanah tu untuk buat rumah cikgu. Sepatutnya diaorang boleh je ambik tanah tu begitu sahaja tapi penduduk semua dibayar jugaklah sedikit duit. Sayang jugak sebenarnya sebab pokok durian pun dah start berbuah, tapi bukan harta kita kan?

Tuesday, November 29, 2011

Banjar, Jawa Dan Lain²

Oh di FELDA ni penduduknya datang dari segala genap tempat. Maksud aku di sini, orang-orangnya ada yang orang Jawa, orang Banjar, orang Perak pure. So bayangkan di satu kawasan ada pelbagai kaum dan BAHASA.

Dan sedikit sebanyak kami faham lah jugak perkataan² basic and it helps bila aku kahwin dengan keturunan banjar hehe.

Tuesday, November 1, 2011

Burung Wak-Wak

Dulu kalau dapat makan burung rasa seronok sangat, masak lemak cili api sedap ni. Dekat area sini pun aku selalu nampak tapi macamanalah aku nak menangkapnya. Nak sembelih pun tak reti hehe.

Aku merasalah jugak makan burung ni dua tiga kali. Kat FELDA aku confirm banyak lagi tapi tak taulah ada orang menangkapnya ke tidak.

Monday, September 26, 2011

Kenduri Kahwin Di Felda

Biasanya kenduri kahwin di FELDA ni dibuat secara gotong royong. Zaman sekarang mungkin dah buat secara catering sebab peneroka dah banyak duit dan peneroka pun dah tua.

Apa-apa pun di FELDA ni ada system yang mana peneroka di bahagi ke beberapa bahagian dan mereka ini berkongsi untuk membeli peralatan memasak, makan, kemah dan sebagainyalah. So bila ada anak peneroka yang nak kahwin akan ada mesyuarat, di mesyuarat ni nanti akan ada perbincanganlah nak masak apa, nak beli apa, nak buat hari apa.

Maknanya di sini di dalam geng ni tak boleh ada yang sama tarikhla kendurinya kalau tak silap. Apa-apa pun seronok jugaklah sebab budak-budak kecik pun tolong menolong basuh pinggan ke apa ke.

Monday, September 12, 2011

Kerepek

Di rumah dan kebun bapak aku banyak tanam pokok pisang dan pokok ubi. Kalau rumah, pokok sukun pun ada.

So bila dah banyak selain di jual mak akan buat kerepek² jugak. Aku ingat dan sampai sekarang pun aku masih suka ialah kerepek ubi pedas. Ada satu masa tu aku jual dekat sekolah, satu peket kecik 10 sen je. Hehe.. Ni zaman dekat 90an la ni.

Tuesday, September 6, 2011

Raya 80-90an

Aku ingat masa itu aku dengan kawan-kawan aku akan pusing kampung beraya. Duit raya 10 sen pun dah seronok.

Jalan ramai-ramai, takde rasa bahaya yang ada rasa seronok sahaja. Sekarang ni memang aku tak nampaklah orang beraya.

Thursday, August 11, 2011

Tebu

Bulan puasa ni teringat pulak pasal tebu. Dulu masa budak-budak memang ramai orang tanam pokok tebu dekat rumah. Tapi kami makan tebu tu. Ada yang makan sebatang besar tu atau ada yang potong kecik². Buang kulit, kunyah² sampai habis air tinggal hampas.

Lama-lama ada orang mampu beli mesin tebu tu orang pun terusla upah pakcik² tu mesinkan. Harga upah mengikut jug jugaklah. Dah besar² especially bulan puasa mak aku rajinlah kupas tebu dia dan pergi upah orang mesinkan.

Monday, August 1, 2011

Moreh

Apa yang aku paling ingat bila puasa di kampung aku dulu masa kecik ialah moreh. Ok aku sebak betul nak tulis ni. Dekat masjid peneroka² ni berpakat untuk buat moreh bukak puasa ikut giliran blok (kumpulan).

Biasa bila giliran kumpulan bapak aku, bapak aku bawak aku sekali. Berhidanglah dalam talam. Aku rasa itu nikmat yang paling best masa bulan puasa dekat kampung kecik² dulu.

Monday, July 11, 2011

Pawagam Bergerak

Dekat FELDA kami ada satu padang awam. Biasalah kalau ada acara apa² memang dekat padang ni sajalah aktivitinya. Dan aktiviti yang paling menarik ialah ada wayang bergerak yang mana pada waktu malam orang akan datang ke padang ni dan tengok movie. Berapa bayaran aku tak ingat sebab masa tu aku kecik lagi, cerita apa pun aku tak sure.

Monday, July 4, 2011

Kereta Sorong

Kereta sorong digunakan oleh setiap peneroka FELDA untuk mengangkat tandan sawit dari dalam kebun ke tepi jalan. Aku dulu mahir jugak guna. Ok, kereta sorong ni boleh jugak digunakan untuk angkut orang. Buat main².

Macamana nak bawak kereta sorong ni dari rumah ke kebun dengan naik motor? Ada pakcik yang duduk atas kereta sorong yang diletakkan secara menegak, imagine kereta sorong tu menegak ke atas, handle ke bawah. Kalau macam yang pergi kebun berdua, orang belakang akan akan pegang handle kereta sorang tu secara terbalik.. Macam gambar atas tu bayangkan ada tangan orang pegang, so tangan mestilah kena kuat supaya kereta sorong tu tak terlepas.

Monday, June 27, 2011

Ikan Pekasam Dan Ikan Kering

Tak semua ikan yang ditangkap hidup, sebab kadang-kadang ikan pun boleh lemas. Haha. So ikan-ikan ini tidak akan dibuang, mak aku akan buat ikan kering dan ikan pekasam. Ada jugak ikan yang kitaorang tak makan untuk masak biasa-biasa mak aku buat ikan kering jugak, contoh ikan haruan. Kalau belut pulak mak aku akan bagi jiran.

Aku masih ingat cara-cara nak buat ikan pekasam dan ikan kering dari observation aku, tapi aku takde benda yang paling penting iaitu - ikan sungai.

Monday, June 20, 2011

Ambikkan ___________________

Selain buah²an, mak dengan bapak aku jugak banyak tanam pokok², daun² untuk masakan. So masa mak aku tengah sedap memasak selalulah dengar. "Li, tolong ambikkan mak daun kunyit" "Li tolong ambikkan mak bunga kantan".

Everytime aku dengar macam tu berbekalkan sebilah pisau aku pun akan keluar rumah potong daun kunyit ke apa ke. So mak aku pun masak dengan bahan² yang fresh dari ladang.

Monday, June 13, 2011

Ayam Kampung Peliharaan

Bapak aku bela ayam kampung untuk makan dan untuk dijual kepada peraih. Memang ada reban yang disediakan. Pepatah telur sebijik riuh sekampung tu memang tepat. Hehe. Kalau ada ayam yang baru menetas bapak dan mak aku akan ajar anak-anak ayam tu masuk reban. Kitaorang adik beradik pun terlibat, tangkap anak ayam masuk reban. Biasa dah dekat Maghriba aktiviti ni.

Bapak aku sembelih sendiri ayam, mana orang yang tak pandai tu memang mintak tolong bapak aku sembelihkan. Boleh katakan semua orang ada bela ayam. Itik dan angsa pun ada.